Pada 15.6.2015 hingga 17.6.2015, seminar Unit bimbingan dan kaunseling diadakan di RH Hotel. Seminar ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan ditaja oleh TEGAS. Pengisian utama seminar ini ialah membincangkan isu-isu semasa pelajar dan cara membantu mereka dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini terutama dalam mencari peluang pekerjaan dan sebagainya. Selain itu, guru B&K diberi pendedahan mengenai cabaran-cabaran kini dalam memberi perkhidmatan yang terbaik di sekolah dalam usaha membantu menangani pelbagai krisis disiplin di sekolah, selain kerjaya, psikososial dan sahsiah diri murid. Program ini dilaksanakan dari jam 0800-1000 malam dan ditangguhkan pada 17.6.2015 pukul 1200 tengah hari.
0 comments:
Post a Comment