n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

n/a

Wednesday, April 13, 2016

Seminar GBK peringkat Negeri Sarawak di Hotel Penview Kuching

Seminar GBK peringkat Negeri Sarawak diadakan di Hotel Penview Kuching pada 11-13 april 2016.  tujuan seminar ini untuk memberi pendedahan kepada para guru berkenaan dengan terapi-terapi kaunseling yang boleh diamalkan di sekolah.  Contoh terapi yang dipelajari semasa seminar ini ialah play teraphy,  psychodrama,  laughter therapy.  Selain itu,  para peserta diberi pendedahan mengenai maklumat matrikulasi,  Biasiswa yayasan sarawak serta pengurusan stress.  Manakala,  Unit b&k sendiri diberi taklimat oleh Sharifah Linora dan cik Habsah berkenaan dengan pelaporan GBK sepanjang tahun.  Pelaporan utama GBK iaitu LPBK (Laporan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling) wajid dihantar pada Mei dan Oktober. LPBK Sarawak mempunyai borang tersendiri berbeza dengan borang KPM.  Para GBK mesti melengkap borang LPBK sarawak untuk memudahkan admin negeri mengabungkan data berkenaan.  Manakala,  laporan Mentor mentee,  guru penyayang,  warga emas juga dihantar 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan oktober. Guru penyayang dan warga emas tidak lagi perlu meminta pelajar untuk mengisi soal selidik,  kerana laporan ini hanya disediakan mengikut format LPBK Kebangsaan.  Manakala laporan Minda sihat dan psikometrik dihantar mengikut jadual seperti biasa.  Borang LPBK Sarawak dan Sebahagian maklumat seminar berkenaan boleh didownload di ruangan download.


Gambar seminar
AJK Induk PGBKS Sarawak

Monday, January 25, 2016

SEJIWA SENADA

Pada 15 - 17 Januari 2016,  Unit B&K bekerjasama dengan PPD Sibu mengadakan pameran pendidikan kaunseling di Dataran Sibu dari jam 0800 pagi - 1030 malam.  Objektif pameran ini ialah memberi pendedahan kepada para pengunjung mengenai tanggungjawab B&K di sekolah,  selain itu pameran turut menyediakan perkhidmatan ujian psikologi,  permainan minda dan lain-lain.  Guru B&K semua sekolah Rendah dan Menengah mengambil bahagian menjaga pameran dari siang hingga malam mengikut jadual masing-masing.





Tuesday, November 24, 2015

Seminar Peningkatan GBK di SMK Bandar Sibu

Pada 3.10.2015,  UBK sibu telah mengadakan seminar peningkatan kepada semua GBK Zon Sibu. Tujuan utama seminar ini ialah untuk memperkasakan perkhidmatan B&K di sekolah.  Selain itu para peserta diberi pendedahan mengenai tugas dan tanggungjawab B&K di sekolah.  Para peserta juga dikongsikan maklumat kaedah pengukuran dan penilaian dalam B&K seperti guru penyanyang,  mentor menti,  Dwen dan lain-lain.  Seminar ini dihadiri 80 orang guru B&K dari seluruh Zon Sibu.  seminar ini ditangguhkan jam 2 petang.
 Ceramah Timbalan Residen Sibu
 Cenderamata
 Ceramah Cikgu Khairul Kolej Vokasional
AJK PGBKS Sibu

Thursday, August 6, 2015

Seminar wacana bestari bersama Majlis Pembangunan Sosial

Pada 6.8.2015,  Guru Bimbingan dan Kaunseling,  PK HEM Sekolah,  Penghulu dan ketua-ketua masyarakat bersama sama menjayakan program Wacana Bestari di Hotel TanahMas bermula jam 8 hingga 1 petang.  Program wacana Bestari ini ialah membincangkan isu-isu remaja dalam pendidikan,  masalah sosial dan lain-lain.  Ceramah-ceramah turut disampaikan oleh PDRM Sibu,  Pegawai Kesihatan (Doktor) dan Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Objetif program ini dilaksanakan ialah untuk mencari penyelesaian dalam membendung gejala negatif dikalangan remaja pada hari ini untuk kebaikan bersama di masa hadapan.

 Forum diketuai oleh Timbalan residen Sibu Dr. Zuffar Brenden Abdullah
Peserta program wacana bestari

Wednesday, June 24, 2015

Seminar GBK di RH Hotel anjuran JPN dan TEGAS

Pada 15.6.2015 hingga 17.6.2015,  seminar Unit bimbingan dan kaunseling diadakan di RH Hotel.  Seminar ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan ditaja oleh TEGAS.  Pengisian utama seminar ini ialah membincangkan isu-isu semasa pelajar dan cara membantu mereka dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini terutama dalam mencari peluang pekerjaan dan sebagainya.  Selain itu,  guru B&K diberi pendedahan mengenai cabaran-cabaran kini dalam memberi perkhidmatan yang terbaik di sekolah dalam usaha membantu menangani pelbagai krisis disiplin di sekolah,  selain  kerjaya,  psikososial dan sahsiah diri murid.  Program ini dilaksanakan dari jam 0800-1000 malam dan ditangguhkan pada 17.6.2015 pukul 1200 tengah hari.


Monday, May 4, 2015

LAWATAN BILIK KAUNSELING DI SMK BANDAR SIBU

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah telah mengambil peluang untuk membuat lawatan sambil belajar ke unit bimbingan dan kaunseling SMK Bandar Sibu.  tujuan Lawatan ini adalah untuk menambahkan ilmu dalam menguruskan bilik bimbingan,  pengurusan fail,  pengurusan sesi kaunseling dan lain-lain.


Thursday, April 30, 2015

Seminar GBK di UCTS

Pada 7.2.2015,  Guru Bimbingan dan Kaunseling Bahagian Sibu di bawah Persatuan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sarawak telah mengadakan seminar peningkatan diri di Kolej UCTS Sibu.  Seramai 64 orang guru yang menghadiri seminar ini.  Antara pengisian seminar ini ialah ceramah Cabaran guru kini dalam arena pendidikan,  tanggungjawab GBK di sekolah,  keahlian GBK dengan persatuan dan lain-lain.  Seminar ini ditangguhkan jam 0100 petang.

Penghargaan kepada penceramah Mr. Stephen Tang
 Peserta Ceramah GBK Bahagian Sibu
Perkongsian dgn GBK SMK Kwong Hua
Penceramah Dr. Rabuan Bin Manten dari UCTS
Seminar bersama pengerusi PGBKS Bahagian Sibu Cikgu Louis Pasu